Sunday, March 8, 2009

KES BUANG ANAK.....

Satu isu yang basi yang masih hangat di perkatakan. Siapa yang bersalah dalam hal ini??Kaum Adam atau kaum Hawa?? Pelbagai jawapan yang kita dapat jika kita menyoal orang ramai. Semua orang mempunyai pendirian tersendiri dalam hal ini. Jawapannya terletak pada pada sendiri..Mengapa bayi yang menjadi mangsa?? Ke mana hilang perikemanusian yang ada seorang manusia?? Sedangkan semua orang tahu anak merupakan anugerah Allah kepada setiap insan yang berkahwin. Alahai...pe nak jadi dengan dunia hari ini... Bak kata orang, berani buat tp tak berani tanggung. Ini lah yang terjadi kepada remaja hari ini. Nak kata mereka tak tahu hukum haram, tak juga sebab ramai kes buang bayi banyak melibatkan mereka yang berpendidikan tinggi. Ade ilmu tapi letak di kaki..Ade otak tapi tak fikir sebelum buat. Khasnya orang yang sedang dilamun cinta.. Kalau dah tak tahan sangat, nape tak kawin je.. Kan mudah..Tp mereka tp fikir semua ni. Bla dah terlanjur...baru mengelabah cam lipas mabuk...Yang menyedihkan mengapa mereka begitu mudah membuang bayi yang merupakan darah daging mereka sendiri...Sampai hati mereka buat begitu.. Tidak tkutkah mereka dengan hukuman dari Allah?? Dalam menangani isu ini, hukuman berat perlu dikenakan kepada kedua-dua pihak setimpal dengan kesalahan yang mereka lakukan. Tak perlu wujud pilih kasih dalam memberi hukuman. Yang salah tetap salah.. Jangan lah kita berkomproni dalam hal ini.. Kepada kaum Adam dan Hawa, fikirlah sedalam mungkin sebelum buat sesuatu.. Jangan buat kputsan membabi buta.. Jangan biarkan diri anda merana dan hanyut dalam hasutan syaitan durjana laknatullah kerana iblis merupakan musuh kita yang nyata. Kepada ibu bapa, jangan abaikan tanggungjawab terutamanya dalam mendidik anak. Luangkan masa bersama anak. Berkongsilah segala masalah bersama. Jangan sentiasa memberi tekanan kepada anak-anak..Ini penting dalam menangani isu ini...Sayangilah anak kita kerana mereka adalah anugerah Allah yang paling bernilai sekali. Hindarilah diri anda daripada melakukan perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah. Yang paling penting, kembali lah ke jalan yang benar. Nescaya anda akan dilindungi Allah dari segala maksiat..Renungkanlah..

Saturday, March 7, 2009

DUNIA AKHIR ZAMAN

Hari ini, keganasan kian bertambah.Malah, di mana-mana sahaja berlaku keganasan. Tapi keganasan hari ini lebih kepada penindasan kepada golongan yang lemah seperti yang banyak berlaku ke atas negara Islam khususnya di Palestin, Afganistan. Mengapa semua ini berlaku??Persoalannya, bilakah semua ini akan berakhir?? Mengapa umat Islam yang menjadi mangsa keganasan?? Adakah nyawa umat Islam tidak mempuanyai nilai??Adakah kita mempunyai jawapan untuk menjawab segala persoalan ini? Keganasan terhadap umat Islam berlaku sebenarnya disebabkan umat Islam hari tidak bersatu padu. Ini dapat dilihat apabila berlakunya perang saudara yang berlaku disesetengah negara Islam. Ini menunjukkan kelemahan umat Islam sendiri di mata pihak musuh dan keadaan ini memudahkan pihak musuh mengambil kesempatan ke atas umat Islam. Justeru itu juga, ramai kalangan umat Islam hari ini tidak mengamalkan sunah Rasulullah dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Ini kerana mereka telah dipengaruhi dengan budaya orang barat yang dianggap bertamadun. Sekiranya umat Islam hari ini hidup berpandukan sunnah Rasulullah, nescaya tidak akan berlaku penindasan ke atas umat Islam. Banyak perkara terlintas di fikiran apabila melihat kembali keganasan yang berlaku terhadap umat Islam di Gaza oleh Izrael. Persoalan pertama, bilakah kemenangan akan berpihak kepada Islam?Keganasan terhadap umat Islam bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa tapi memberi kesan negatif pada jangka masa yang panjang khususnya kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa dan tempat tinggal. Betapa peritnya hidup seorang kanak-kanak yang hilang tempat bergantung. Mengapa mereka yang menjadi mangsa keganasan?? Begitu banyak dosa yang mereka telah lakukan sehinggakan mereka terpaksa menanggung semua penderitaan ini??Oleh itu, umat Islam hari ini perlu bangkit dari lamunan mimpi yang tak sudah. Jangan membiarkan umat Islam terus ditindas oleh musuh Islam sewenang-wenangnya. Lihatlah kesan yang terjadi kepada mereka yang menjadi sasaran keganasan. Adakah semua ini tidak cukup untuk menyedarkan untuk kita semua??Renungkan wahai semua umat Islam.........

Friday, February 27, 2009