Saturday, March 7, 2009

DUNIA AKHIR ZAMAN

Hari ini, keganasan kian bertambah.Malah, di mana-mana sahaja berlaku keganasan. Tapi keganasan hari ini lebih kepada penindasan kepada golongan yang lemah seperti yang banyak berlaku ke atas negara Islam khususnya di Palestin, Afganistan. Mengapa semua ini berlaku??Persoalannya, bilakah semua ini akan berakhir?? Mengapa umat Islam yang menjadi mangsa keganasan?? Adakah nyawa umat Islam tidak mempuanyai nilai??Adakah kita mempunyai jawapan untuk menjawab segala persoalan ini? Keganasan terhadap umat Islam berlaku sebenarnya disebabkan umat Islam hari tidak bersatu padu. Ini dapat dilihat apabila berlakunya perang saudara yang berlaku disesetengah negara Islam. Ini menunjukkan kelemahan umat Islam sendiri di mata pihak musuh dan keadaan ini memudahkan pihak musuh mengambil kesempatan ke atas umat Islam. Justeru itu juga, ramai kalangan umat Islam hari ini tidak mengamalkan sunah Rasulullah dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Ini kerana mereka telah dipengaruhi dengan budaya orang barat yang dianggap bertamadun. Sekiranya umat Islam hari ini hidup berpandukan sunnah Rasulullah, nescaya tidak akan berlaku penindasan ke atas umat Islam. Banyak perkara terlintas di fikiran apabila melihat kembali keganasan yang berlaku terhadap umat Islam di Gaza oleh Izrael. Persoalan pertama, bilakah kemenangan akan berpihak kepada Islam?Keganasan terhadap umat Islam bukan sahaja mengorbankan banyak nyawa tapi memberi kesan negatif pada jangka masa yang panjang khususnya kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa dan tempat tinggal. Betapa peritnya hidup seorang kanak-kanak yang hilang tempat bergantung. Mengapa mereka yang menjadi mangsa keganasan?? Begitu banyak dosa yang mereka telah lakukan sehinggakan mereka terpaksa menanggung semua penderitaan ini??Oleh itu, umat Islam hari ini perlu bangkit dari lamunan mimpi yang tak sudah. Jangan membiarkan umat Islam terus ditindas oleh musuh Islam sewenang-wenangnya. Lihatlah kesan yang terjadi kepada mereka yang menjadi sasaran keganasan. Adakah semua ini tidak cukup untuk menyedarkan untuk kita semua??Renungkan wahai semua umat Islam.........

No comments:

Post a Comment